Wednesday, July 8, 2009

Mari menge'test'

Salam to all,

Posting ini hanya sebagai satu titik permulaan kepada perjalanan yang lebih jauh dan panjang. Seribu langkah pasti bermula dengan langkah yang pertama. Keberanian untuk memulakan langkah pertama adalah sangat penting untuk menentukan keupayaan langkahan demi langkahan seterusnya.

Sudah lama terfikir untuk mempunyai blog sendiri tapi banyak pulak perkara yang menghalang hasrat tersebut. Tapi hari ini akhirnya aku mempunyai satu blog. :)

Belum lah lagi diputuskan kenapa aku nak berblog ni.tapi mungkin kerana terdorong melihat kawan-kawan yang lain seronok berkongsi kisah dan pengalaman hidup masing-masing maka aku cuba untuk menyertai mereka.

Sudah tentulah tulisan aku berbunyi sedikit 'skema' sebab ini lah posting permulaan aku.hehe. Kepada kawan-kawan sila beri tunjuk ajar kepandaian anda kepada saya okey.